TERIMA KASIH
Kerana menjadi sebahagian daripada sejarah. Andalah JUARA, andalah NOMBOR 1!!!
Tanggal 26 dan 27 Disember 2011, seramai 1,400 ibu bapa dan anak-anak telah menyertai Seminar iPAC yang menggabungkan dua nama besar dalam industri motivasi dan latihan, Y.Bhg Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah dan YM Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad dibawah satu bumbung di atas satu pentas.
Bukan sekadar ilmu sahaja dikongsi, saudara Fahrin Ahmad dibantu oleh Al Farabi Band turut memeriahkan lagi majlis dalam segmen edutainment.
Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada anda-anda yang telah menjayakan Seminar iPAC 2011. Kita jumpa lagi nanti di iPAC 2.0 nanti!!!
iPAC TERBAIK!!








